ILMU LALU KENA SAMBAR!!
Friday, 9 March 2012
SIDANG VIDEO
- Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
- Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
- Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
- Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
- Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
- Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi
JENIS PERSIDANGAN VIDEO
i. Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii. Satu ke satu
CONTOH PENGGUNAAN SIDANG VIDEO
- Pendidikan
- Pembentangan (Presentations )
- Perkongsian kerja antara
- Penyelidik
- Berkomunikasi
- Teleperubatan
- Mesyuarat
KEBAIKAN MENGGUNAKAN TELESIDANG
- Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
- Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
- Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
- Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
- Mempertingkatkan komunikasi.
- Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
- Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.
PERISIAN SIDANG VIDEO
- Google Talk 1.0.0.104 Beta
- Pidgin 2.7.9
- Skype 5.1.0.104
- Thunderbird 3.1.7
- Trillian Astra 4.2.0.24
- Windows Live Messenger 2011 (15.4.3508)
- Yahoo! Messenger 11.0.0.1751 Beta
- NetMeeting
- MSN Messenger
KELEMAHAN PENGGUNAAN TELESIDANG
- Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
- Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.
TRANSMISI SIDANG VIDEO
Teknologi sidang video berfungsi dalam
tiga peringkat iaitu :
1. Cekup (capture)
- Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
- Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.
2. Mampat
- Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
- Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
3. Siar
- Modem akan menukar tanda isyarat
- Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.
digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan
melalui talian telefon yang biasa.
Saturday, 11 February 2012
Latihan 7 (Video Kanak-Kanak)
Berdasarkan video di atas, senaraikan lima pengajaran yang anda dapat. 1)....................................................... 2)....................................................... 3)....................................................... 4)....................................................... 5).......................................................
Tuesday, 7 February 2012
Latihan 5 : Latihan Bina Ayat
Tuliskan ayat bagi setiap perkataan di bawah
supaya jelaa menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan , menukarkan imbuhan , atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa.
(i) memperisteri
(ii) memperbanyak
(iii) memperlekeh
(iv) memperkembang
(v) memperhamba
(vi) memperbesar
Latihan 4 : Tatabahasa
Pilih perkataan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.
1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.
a.mencurahi.
b.dicurahkan.
c.mencurahkan.
d.dicurahi.
2. Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke
Sabah.
a.mengajar
b.mengajarkan
c.ajarkan
d.diajarkan.
3. Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a.ditanak.
b.dikukus.
c.direbus
d.dijerang.
4. Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a.mengandas.
b.menjinjing.
c.menatang.
d.membimbit.
5. ______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil
dengan meletakkan kenderaannya di kawasan tunda itu.
a.Biarpun, begitu juga.
b.Mestipun, kecuari.
c.Walaupun, namum
d.Sungguhpun, maka.
6. Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________
pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.
a.lalu, Biarpun.
b.dan, Manakah.
c.apabila, Sementara
d.maka, Adapun.
7. Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini
kepadanya.
a.biji, buah
b.berkas, butir
c.tangkai, biji.
d.ulas, ikat.
8. Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
a.biji
b.kelompok
c.buah
d.gerombolan.
9. Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
a.batang
b.papan
c.berkas
d.laras.
10. ________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a. Bebatang
b.Bebuli
c.Reranting
d.Kekayu
11. Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
a.lelapi
b.lelabah
c.Kekabu
d.tetupai.
12. Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
a.sampah-sarap
b.semak-samun
c.sayur-mayur
d.lauk-pauk
13. _______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah
diberkas polis.
a.Kaki botol
b.Kaki judi
c.Kaki bola
d.Kaki sapu
14. Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini.
a.otak kancil
b.otak udang
c.otak cair
d.otak beku.
15. "Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik
Leman menyindir Ayub.
a. tangkai jering
b. hancur hati
c. pedih hati
d. hidung tiaggi.
16. Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak
sekolahnya.
a.tewas
b.prihatin
c.kecewa
d.menangis.
17. Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
a.meminta
b.diminta
c.permintaan
d.mintalah
18. Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
a.terpelihara,terkorban
b.terkawal,tenat
c.terjaga,menemui ajal.
d.terbelai,mati.
19. Tan tidak berselera hendak makan di gerai yang kotor itu.
a.lalu
b.biasa
c.ingin
d.berasa.
20. Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.
a.pucuk
b.laras
c.helai
d.keping.
Subscribe to:
Posts (Atom)