Saturday 11 February 2012

MARI MENYANYI


Latihan 7 (Video Kanak-Kanak)


Berdasarkan video di atas, senaraikan lima pengajaran yang anda dapat. 1)....................................................... 2)....................................................... 3)....................................................... 4)....................................................... 5).......................................................

Tuesday 7 February 2012

Latihan 5 : Latihan Bina Ayat

Tuliskan ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelaa menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan , atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.
(i) memperisteri
(ii) memperbanyak
(iii) memperlekeh
(iv) memperkembang
(v) memperhamba
(vi) memperbesar

Latihan 4 : Tatabahasa


Pilih perkataan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1.         Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.
a.mencurahi.            
b.dicurahkan.              
c.mencurahkan.          
d.dicurahi.

2.         Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke           
            Sabah.
a.mengajar         
b.mengajarkan            
c.ajarkan               
d.diajarkan.

3.         Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a.ditanak.           
b.dikukus.                   
c.direbus             
d.dijerang.

4.         Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan      sahaja.
a.mengandas.       
b.menjinjing.             
c.menatang.           
d.membimbit.

5.         ______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap     berdegil 
            dengan meletakkan kenderaannya di kawasan tunda itu.
a.Biarpun,  begitu juga.          
b.Mestipun,  kecuari.       
c.Walaupun,  namum      
d.Sungguhpun,  maka.

6.         Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________   terbunuh.________ 
             pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.
a.lalu,  Biarpun.         
b.dan,    Manakah.         
c.apabila,     Sementara     
d.maka,      Adapun.

7.         Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini      
            kepadanya.
a.biji,   buah        
b.berkas, butir     
c.tangkai, biji.         
d.ulas,    ikat.

8.         Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
a.biji     
b.kelompok        
c.buah          
d.gerombolan.

9.         Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
a.batang      
b.papan       
c.berkas      
d.laras.

10.       ________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a. Bebatang      
b.Bebuli       
c.Reranting       
d.Kekayu

11.       Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
a.lelapi        
b.lelabah        
c.Kekabu       
d.tetupai.

12.       Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
a.sampah-sarap      
b.semak-samun          
c.sayur-mayur       
d.lauk-pauk

13.       _______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah 
            diberkas polis.
a.Kaki     botol         
b.Kaki      judi         
c.Kaki     bola      
d.Kaki   sapu

14.       Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah        Matematik yang sukar ini.
a.otak   kancil      
b.otak     udang      
c.otak   cair        
d.otak    beku.

15.       "Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik         
            Leman menyindir Ayub.
a.  tangkai     jering     
b.  hancur     hati        
c.  pedih      hati           
d.  hidung       tiaggi.

16.       Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak       
            sekolahnya.
a.tewas        
b.prihatin           
c.kecewa        
d.menangis.

17.       Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
a.meminta                
b.diminta                
c.permintaan                 
d.mintalah

18.       Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
a.terpelihara,terkorban     
b.terkawal,tenat        
c.terjaga,menemui ajal.    
d.terbelai,mati.

19.       Tan tidak berselera hendak  makan di gerai yang kotor itu.
a.lalu      
b.biasa       
c.ingin         
d.berasa.

20.       Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.
a.pucuk    
b.laras            
c.helai         
d.keping.

Latihan 3 : Peribahasa

Anda dikehendaki memilih peribahasa yang betul berdasarkan maksud peribahasa yang telah diberi untuk melengkapkan ayat.


Latihan Peribahasa 1A

Di sebuah desa, tinggal seorang tua yang bernama Mak Ani. Dia mempunyai seorang  (1) anak angkat  bernama Jelita. Mak Ani menyayangi Jelita kerana dia tidak mempuyai anak.  Jelita pula selalu (2) selalu melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati Mak Ani.

      (1)   A.  anak kandung yang dijaga orang lain
        B.  anak orang lain yang dipelihara bagai anak sendiri
       C. anak sendiri yang diberikan orang
       D. anak orang lain yang ditimang setiap hari

      (2)   A. kecil hati
       B. putih hati
       C. ambil hati
       D. besar hati

Latihan Peribahasa 1B

Mak Ani seorang yang rajin. Setiap hari, dia sanggup bangun awal pagi untuk menoreh getah. Bagi dirinya, perkara ini telah menjadi (1) perkara biasa dan tidak lagi mendatangkan kesusahan kepada dirinya. Bagi dirinya asalkan Jelita dapat kehidupan yang sempurna. Oleh sebab itulah Jelita dijaga (2) bagai menatang minyak yang penuh kerana setiap kemahuannya dituruti.

(1)   A.  alah bias, tegal biasa
       B.  alah membeli menang memakai
       C. bagai kacang lupakan kulit
       D. hangat-hangat tahi ayam

      (2)   A. pekerjaan yang sudah tentu mendatangkan keuntungan
       B.  pekerjaan yang belum tentu dapat dilakukan
       C. pekerjaan yang harus dibantu oleh orang lain
       D. pekerjaan yang dilakukan dengan berhati-hati

Latihan Perbihasa 1C

Jelita menjadi semakin manja. Apabila dia dewasa dan segala kemahuannya tidak lagi dapat dituruti oleh Mak Ani, Jelita mula memberontak. Mak Ani tidak berupaya berbuat apa-apa kerana (1) nasi sudah menjadi bubur. Mak Ani menyesal kerana terlalu memanjakan Jelita sewaktu dia kecil dahulu.

      (1)   A. sesuatu harapan untuk membuat perubahan
       B. masih boleh dibuat sebarang perubahan
       C. sesuatu yang diharapkan akan terjadi
       D. sudah selesai segala urusan dan tidak boleh diubah lagi



Latihan 2 : Karangan Autobiografi

Anda dikehendaki membina sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sepasang Kasut”.

Rangka Karangan



Pendahuluan :
1.       riwayat hidup - asal nama diberi – berjenama – amat digemari

Isi-isi :
1. dihantar di sebuah kedai kasut terkenal – dipamerkan di bahagian
    hadapan
2. dimiliki orang – digunakan dengan cermat
3. ketika masih baru mendapat sanjungan dan pujian
4. tidak lagi dijaga dengan baik - terlibat di dalam satu pertandingan
     lumba lari – telah koyak

Penutup :
1.      tidak lagi digunakan – dibuang dalam tong sampah




Thursday 2 February 2012

Latihan 1: Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan -soalan berikutnya.

Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.


Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.


1. Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?  
 A. Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.  
 B. Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.  
 C. Ilmu akan dibawa hingga ke mati.  
 D. Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.

2.  Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan 
 A. rahsia  
 B. seksa  
 C. sukar  
 D. mudah  

3. Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh  
 A.  menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.  
 B.  membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.   
 C.  menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.   
 D.  menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.


4. Semua pernyataan berikut adalah benar,  kecuali  
 A. kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.   
 B.  kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.  
 C. membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.   
 D. Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.   

5. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah  
 A. Mari Berpuisi  
 B.  Faedah Ilmu  
 C. Pantun Ilmu  
 D. llmu Dalam Pantun