Friday 9 March 2012

Sesi Pengajaran Menggunakan Sidang Video ( Latihan 10)



SIDANG VIDEO

  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
  • Sidang video berbeza dari videofon  kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
  • Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
  • Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi 


JENIS PERSIDANGAN VIDEO

i. Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii. Satu ke satu


CONTOH PENGGUNAAN SIDANG VIDEO

  • Pendidikan
  • Pembentangan (Presentations )
  • Perkongsian kerja antara
  • Penyelidik
  • Berkomunikasi
  • Teleperubatan
  • Mesyuarat




KEBAIKAN MENGGUNAKAN TELESIDANG

  • Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
  • Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
  • Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  • Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
  •  Mempertingkatkan komunikasi.
  •  Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
  • Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.




PERISIAN SIDANG VIDEO

  • Google Talk 1.0.0.104 Beta
  • Pidgin 2.7.9
  •  Skype 5.1.0.104
  •  Thunderbird 3.1.7
  • Trillian Astra 4.2.0.24
  • Windows Live Messenger 2011 (15.4.3508)
  • Yahoo! Messenger 11.0.0.1751 Beta
  • NetMeeting
  • MSN Messenger


KELEMAHAN PENGGUNAAN TELESIDANG

  • Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
  • Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.





TRANSMISI SIDANG VIDEO

Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :

1. Cekup (capture)
  • Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
  • Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.


2. Mampat
  • Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
  • Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.


3. Siar
  • Modem akan menukar tanda isyarat
  • digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
  • Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.


Saturday 11 February 2012

MARI MENYANYI


Latihan 7 (Video Kanak-Kanak)


Berdasarkan video di atas, senaraikan lima pengajaran yang anda dapat. 1)....................................................... 2)....................................................... 3)....................................................... 4)....................................................... 5).......................................................

Tuesday 7 February 2012

Latihan 5 : Latihan Bina Ayat

Tuliskan ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelaa menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan , atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.
(i) memperisteri
(ii) memperbanyak
(iii) memperlekeh
(iv) memperkembang
(v) memperhamba
(vi) memperbesar

Latihan 4 : Tatabahasa


Pilih perkataan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1.         Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.
a.mencurahi.            
b.dicurahkan.              
c.mencurahkan.          
d.dicurahi.

2.         Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke           
            Sabah.
a.mengajar         
b.mengajarkan            
c.ajarkan               
d.diajarkan.

3.         Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a.ditanak.           
b.dikukus.                   
c.direbus             
d.dijerang.

4.         Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan      sahaja.
a.mengandas.       
b.menjinjing.             
c.menatang.           
d.membimbit.

5.         ______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap     berdegil 
            dengan meletakkan kenderaannya di kawasan tunda itu.
a.Biarpun,  begitu juga.          
b.Mestipun,  kecuari.       
c.Walaupun,  namum      
d.Sungguhpun,  maka.

6.         Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________   terbunuh.________ 
             pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.
a.lalu,  Biarpun.         
b.dan,    Manakah.         
c.apabila,     Sementara     
d.maka,      Adapun.

7.         Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini      
            kepadanya.
a.biji,   buah        
b.berkas, butir     
c.tangkai, biji.         
d.ulas,    ikat.

8.         Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
a.biji     
b.kelompok        
c.buah          
d.gerombolan.

9.         Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
a.batang      
b.papan       
c.berkas      
d.laras.

10.       ________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a. Bebatang      
b.Bebuli       
c.Reranting       
d.Kekayu

11.       Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
a.lelapi        
b.lelabah        
c.Kekabu       
d.tetupai.

12.       Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
a.sampah-sarap      
b.semak-samun          
c.sayur-mayur       
d.lauk-pauk

13.       _______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah 
            diberkas polis.
a.Kaki     botol         
b.Kaki      judi         
c.Kaki     bola      
d.Kaki   sapu

14.       Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah        Matematik yang sukar ini.
a.otak   kancil      
b.otak     udang      
c.otak   cair        
d.otak    beku.

15.       "Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik         
            Leman menyindir Ayub.
a.  tangkai     jering     
b.  hancur     hati        
c.  pedih      hati           
d.  hidung       tiaggi.

16.       Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak       
            sekolahnya.
a.tewas        
b.prihatin           
c.kecewa        
d.menangis.

17.       Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
a.meminta                
b.diminta                
c.permintaan                 
d.mintalah

18.       Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
a.terpelihara,terkorban     
b.terkawal,tenat        
c.terjaga,menemui ajal.    
d.terbelai,mati.

19.       Tan tidak berselera hendak  makan di gerai yang kotor itu.
a.lalu      
b.biasa       
c.ingin         
d.berasa.

20.       Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.
a.pucuk    
b.laras            
c.helai         
d.keping.