Tuesday 7 February 2012

Latihan 3 : Peribahasa

Anda dikehendaki memilih peribahasa yang betul berdasarkan maksud peribahasa yang telah diberi untuk melengkapkan ayat.


Latihan Peribahasa 1A

Di sebuah desa, tinggal seorang tua yang bernama Mak Ani. Dia mempunyai seorang  (1) anak angkat  bernama Jelita. Mak Ani menyayangi Jelita kerana dia tidak mempuyai anak.  Jelita pula selalu (2) selalu melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati Mak Ani.

      (1)   A.  anak kandung yang dijaga orang lain
        B.  anak orang lain yang dipelihara bagai anak sendiri
       C. anak sendiri yang diberikan orang
       D. anak orang lain yang ditimang setiap hari

      (2)   A. kecil hati
       B. putih hati
       C. ambil hati
       D. besar hati

Latihan Peribahasa 1B

Mak Ani seorang yang rajin. Setiap hari, dia sanggup bangun awal pagi untuk menoreh getah. Bagi dirinya, perkara ini telah menjadi (1) perkara biasa dan tidak lagi mendatangkan kesusahan kepada dirinya. Bagi dirinya asalkan Jelita dapat kehidupan yang sempurna. Oleh sebab itulah Jelita dijaga (2) bagai menatang minyak yang penuh kerana setiap kemahuannya dituruti.

(1)   A.  alah bias, tegal biasa
       B.  alah membeli menang memakai
       C. bagai kacang lupakan kulit
       D. hangat-hangat tahi ayam

      (2)   A. pekerjaan yang sudah tentu mendatangkan keuntungan
       B.  pekerjaan yang belum tentu dapat dilakukan
       C. pekerjaan yang harus dibantu oleh orang lain
       D. pekerjaan yang dilakukan dengan berhati-hati

Latihan Perbihasa 1C

Jelita menjadi semakin manja. Apabila dia dewasa dan segala kemahuannya tidak lagi dapat dituruti oleh Mak Ani, Jelita mula memberontak. Mak Ani tidak berupaya berbuat apa-apa kerana (1) nasi sudah menjadi bubur. Mak Ani menyesal kerana terlalu memanjakan Jelita sewaktu dia kecil dahulu.

      (1)   A. sesuatu harapan untuk membuat perubahan
       B. masih boleh dibuat sebarang perubahan
       C. sesuatu yang diharapkan akan terjadi
       D. sudah selesai segala urusan dan tidak boleh diubah lagi



No comments:

Post a Comment